Toshiba dan GE Vernova Tandatangani MoU bagi Memperkukuh Usaha Pengurangan Karbon dan Kecekapan Loji Janakuasa Turbin Gas di Jepun dan Bahagian Lain Asia

  • Objektif Memorandum Persefahaman (MoU) adalah untuk mengurangkan pelepasan CO2 yang menggabungkan sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) oleh GE Vernova dan teknologi penangkapan CO2 oleh Toshiba di loji janakuasa gas asli di Jepun serta bahagianlain di Asia.
  • MoU ini memperkukuh kerjasama strategik yang terjalin 40 tahun lamanya antara kedua-dua syarikat.
  • Inisiatif ini berkaitan dengan kumpulan sasaran yang diperkenalkan pada Jun lalu oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun dan GE Vernova.

KAWASAKI, Jepun — Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation (Toshiba) dan GE Vernova (NYSE: GEV) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama bersepadu bagi penyelesaian Gas Turbine Combine Cycle (GTCC) dengan Carbon Capture and storage (CCS)  untuk mengurangkan pelepasan CO2 dari loji janakuasa. Penyelesaian ini akan menggabungkan sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) oleh GE Vernova dengan penyelesaian penangkapan karbon oleh Toshiba yang menggunakan pelarut proprietari daripada Toshiba. Inisiatif ini berkaitan dengan kumpulan sasaran yang baru diwujudkan antara Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun serta GE Vernova dan ia diumumkan semasa acara yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Dasar Tenaga dan Alam Sekitar METI, Shinichi Kihara serta wakil daripada Toshiba dan juga GE Vernova.

The MoU signing ceremony, in Kawasaki, Japan

The MoU signing ceremony, in Kawasaki, Japan. November 6, 2025
Front row from left: Mr. Jeremee Wetherby of GE Vernova, Mr. Kensuke Suzuki, Head of New Technology of Toshiba’s Power Systems Division
Back row: Mr. Shinichi Kihara of METI’s Director-General for Energy and Environmental Policy

Kerjasamaini bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan proses pemisahan dan penangkapan CO2 dengan mengintegrasikan teknologi masing-masing di loji janakuasa GTCC di Jepun dan juga bahagian lain di Asia, iaitu di tempat GE Vernova membekalkan atau akan membekalkan turbin gas. Toshiba dan GE Vernova bersama-sama menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang komprehensif bersama syarikat-syarikat utiliti terkemuka yang mengendalikan loji janakuasa GTCC di seluruh Jepun. Kajian tersebut, yang telah diselesaikan sebelum penandatanganan MoU, mengesahkan potensi besar daripada kerjasama ini.

Ketua Pengarah Dasar Tenaga dan Alam Sekitar METI, Shinichi Kihara berkata: “Kami menyambut baik inisiatif ini bagi mencapai penyahkarbonan penjanaan kuasa dengan menggunakan teknologi CCUS, memandangkan terdapat desakan global untuk mencapai bekalan tenaga yang stabil, pertumbuhan ekonomi dan penyahkarbonan secara serentak menuju matlamat bersama di peringkat global untuk mencapai sifar bersih (net-zero).”

Takehiko Matsushita, Naib Presiden Bahagian Sistem Kuasa Toshiba, berkata: “Meskipun loji janakuasa terma menawarkan bekalan elektrik yang berterusan dan merupakan sumber kuasa yang utama, komitmen global yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar menjadikan pengurangan pelepasan CO2 daripada kemudahan ini sebagai matlamat yang penting dan mendesak. Kami berbesar hati dapat menandatangani MoU ini yang akan membantu kami menyumbang kepada pencapaian keneutralan karbon dan dalam masa yang sama memacu pertumbuhan perniagaan selanjutnya. Melalui kerjasama kami bersama GE Vernova, kami berhasratuntuk memajukan sistem EGR dan penangkapan COdi Jepun dan juga bahagianlain di Asia.”

Jeremee Wetherby, Ketua Penyelesaian Karbon di GE Vernova, berkata: “Kami berbesar hati untuk meneroka manfaat daripada integrasi stim, sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR), dan penyelesaian tekanan balikan turbin gas tinggi kami dengan kepakaran Toshiba yang luas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan sistem kitaran stim. Sistem stim ini memainkan peranan yang pentinguntuk prestasi loji janakuasa GTCC dan akan menjadi pertimbangan reka bentuk yang penting untuk memaksimumkan prestasi sistem penangkapan serta mengurangkan penurunan output kuasa yang berlaku apabila sistem penangkapan CO2 diintegrasikan. ”

Toshiba mempunyai kepakaran yang luas dalam reka bentuk dan pembinaan sistem kuasa terma yang menggabungkan turbin stim untuk sistem GTCC dan dalam pembangunan serta penyempurnaan sistem penangkapan CO2. Ia menggunakan sumber haba daripada loji itu sendiri untuk meningkatkan suhu pelarut yang digunakan untuk menangkap CO2, iaitu dengan pendekatan yang tidak memerlukan dandang tambahan untuk menjana stim sekaligusmengoptimumkan serta memperkemas sistem ini. Kepakaran yang komprehensif membolehkannya melaksanakan pendekatan ini dan dalam masa yang sama meminimumkan sebarang penurunan dalam output kuasa bersih loji, iaitu kapasiti penjanaannya.

Mengintegrasikan loji GTCC dan CCS dapat mengurangkan kos modal dan meningkatkan fleksibiliti operasi. Penyelesaian GE Vernova—seperti integrasi stim, Exhaust Gas Recirculation (EGR), dan tekanan balikan turbin gas tinggi—mengurangkan kos dan meluaskan pilihan operasi. Sebagai contoh, sistem EGR daripada GE Vernova mengitarsemula gas ekzos ke dalam salur masuk turbin, mengubah komposisi gas ekzos, lalu membolehkan menara penyerap penangkapan karbon yang lebih kecil, meningkatkan prestasi, mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan penangkapan CO2.

Latar Belakang kolaborasi Toshiba dan GE Vernova
Toshiba dan GE Vernova membina hubungan yang kukuh dalam sektor GTCC sejak tahun 1982. Pada tahun 2013, kedua-duanya memperluas kerjasama mereka, menggabungkan turbin gas GE Vernova dengan turbin stim dan penjana Toshiba bagi menyediakan sistem GTCC yang canggih di Jepun. Sejak tahun 1982, kedua-dua Syarikat ini telah menerima pesanan untuk 20 sistem GTCC di seluruh dunia, dengan kapasiti rgabungan mencapai lebih 13 Gigawatt (GW) dan 18 unit kini sudahpun beroperasi.

About Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation

Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation, a wholly owned subsidiary of Toshiba Corporation, handles Toshiba Group’s energy businesses. With its long experience and expertise in a wide range of power generation and transmission systems, and in energy management technologies, the company delivers innovative, reliable, and efficient energy solutions across the globe.
Find out more about Toshiba ESS at https://www.global.toshiba/ww/company/energy.html

About GE Vernova

GE Vernova (NYSE: GEV) is purpose-built global energy company that includes Power, Wind, and Electrification segments and is supported by its accelerator businesses. Building on over 130 years of experience tackling the world’s challenges, GE Vernova is uniquely positioned to help lead the energy transition by continuing to electrify the world while simultaneously working to decarbonize it. GE Vernova helps customers power economies and deliver electricity that is vital to health, safety, security, and improved quality of life. GE Vernova is headquartered in Cambridge, Massachusetts, U.S., with approximately 75,000 employees across approximately 100 countries around the world. Supported by the Company’s purpose, The Energy to Change the World, GE Vernova technology helps deliver a more affordable, reliable, sustainable, and secure energy future. GE Vernova’s Gas Power business engineers advanced, efficient natural gas-powered technologies and services, along with decarbonization solutions that aim to help electrify a lower carbon future. It is a global leader in gas turbines and gas power plant technologies and services with the industry’s largest installed base. Learn more: GE Vernova and LinkedIn.

Press Release Available in these languages (PDF) »

More News in Toshiba

Enquiry for
Toshiba dan GE Vernova Tandatangani MoU bagi Memperkukuh Usaha Pengurangan Karbon dan Kecekapan Loji Janakuasa Turbin Gas di Jepun dan Bahagian Lain Asia

Enquiry for

This field is for validation purposes and should be left unchanged.
This field is hidden when viewing the form

Enquiry for

Business Strategy

Committed to People, Committed to the Future.

The Asia Pacific region is an important market for Toshiba, with one of the fastest-growing demands in infrastructure, energy, mobility, and connectivity.
Message from Managing Director

Securing Sensitive Information with Quantum Key Distribution

At Toshiba, we’re committed to delivering world leading technology that protects the private information of citizens and organizations.

Discover how Toshiba cutting edge quantum technology can protect the sensitive information of financial institutions.

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

Solutions Map - A data-connected society by Toshiba

Solutions map illustrating Toshiba’s vision for a connected data-driven society

Navigate the interactive solution map to witness the full scope of Toshiba’s integrated solutions. By connecting data across systems, we deliver comprehensive, tailored outcomes for a smarter and more sustainable future.

Our Contributions - Sustainable Activities

Technology Spotlight

Toshiba Power Semiconductor

Toshiba leverages its 60 years expertise in power semiconductors to drive automotive electrification and sustainability, offering innovative solutions to enhance efficiency and reduce emissions across industries.

Quantum Key Distribution (QKD)

Building a quantum-secure future with Toshiba’s Quantum Key Distribution

Toshiba's Commitment to a Carbon-Neutral Future

With innovative technologies and a deep commitment to building a better world, Toshiba is working towards stable, efficient green energy infrastructures for a Carbon-Neutral Future.

Superconducting Motor

Toshiba Superconducting Motor has revolutionized the airline and transportation industries. It is lightweight, compact and high-Power, making it possible to replace fossil-fuel-driven engines and contributing to zero-emissions for various types of large mobility vehicles.

The Essence of Toshiba

Our philosophy section highlighting company values and guiding principles

Basic Commitment Of The Toshiba Group

Committed to People,
Committed to the Future.

At Toshiba, we commit to raising the quality of life
for people around the world. ensuring progress
that is in harmony with our planet

Our Purpose

We turn on the promise of a new day.

Our Values

Do the right thing. Look for a better way.
Always consider the impact. Create together.