Toshiba Menyempurnakan Penghantaran Penjana Bagi Projek Loji Janakuasa Ultra-Super-Critical Berasaskan Arang Batu Malaysia
- Press Release
KAWASAKI, Jepun – Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation telah menyempurnakan penghantaran penjana bagi Unit 1 Loji Janakuasa Jimah East Berasaskan Arang Batu di Malaysia, salah satu daripada loji janakuasa berasaskan arang batu terbesar di dunia yang kini sedang dalam pembinaan. Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah melawat loji janakuasa tersebut selepas ketibaan unit berkenaan bagi meninjau kemajuan terkini projek itu.
Konsortium terdiri daripada Toshiba, IHI Corporation, Hyundai Engineering Co., Ltd. dan Hyundai Engineering & Construction Co., Ltd., diberi kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan bagi projek ini daripada Jimah East Power pada September 2014. Unit 1 dijadual memulakan operasi pada Jun 2019, dan pemasangan penjana ini adalah peristiwa penting kritikal ke arah penyiapannya.
Mengulas semasa lawatan itu, Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad berkata “Sejak Projek Jimah dimulakan, saya sentiasa mengharapkan kejayaannya. Dan saya menjangka ia akan menyumbang kepada pembangunan negeri ini.”
Dengan siapnya pemasangan penjana tersebut, Toshiba akan melengkapkan penghantaran dan pemasangan peralatan utama lain, termasuk turbin stim, unit kawalan, alatubah dan switchgears, seterusnya menjalankan ujian-ujian keberkesanan. Toshiba, IHI dan Hyundai juga akan terus bekerjasama bagi menyiapkan Unit 2, yang dijadualkan siap pada Disember 2019.
Toshiba memiliki pengalaman luas dalam loji janakuasa berskala besar di Malaysia, termasuk pembinaan bersama dengan IHI di dua lojikuasa berasaskan arang batu; loji janakuasa berasaskan arang batu Jimah (700MW x 2 unit) bersebelahan dengan loji janakuasa yang kini sedang dalam pembinaan; dan loji janakuasa Tanjung Bin berasaskan arang batu (700MW x 3 units). Toshiba juga sudah menyiapkan TNB Port Dickson Fasa 2, projek penjanaan tenaga combined-cycle (750MW x 1 unit), sebagai kontraktor EPC.
Toshiba komited untuk menzahirkan pelepasan rendah karbon dan bekalan stabil di peringkat global dengan menyediakan sistem penjanaan tenaga yang paling efisien di dunia.
Gambar acara


Butiran Projek
| 1. Projek | Jimah East Power 2x1000MW Coal Fired Power Plant |
| 2. Pemilik Projek | Jimah East Power Sdn Bhd (Tenaga Nasional Berhad, MITSUI & CO., LTD., The Chugoku Electric Power Company, Incorporated) |
| 3. Lokasi | Mukim Jimah di Negeri Sembilan, Malaysia |
| 4. Skop | Membekal dan memasang dua unit turbin stim ultra-super-kritikal 1,000MW, penjana dan peralatan berkaitan lain Peruntukan kerja-kerja am marin |