Toshiba Menandatangani MOU Meneroka Penggunaan Perkhidmatan Data Cuaca dalam Projek Perintis Pertanian Pintar di Malaysia
- Projek Perintis untuk Membimbing Operasi Pertanian melalui Ramalan Hujan Lebat Setempat -
- Press Release
Kawasaki, Jepun – Toshiba Digital Solutions Corporation (Toshiba) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MyDIGITAL Corporation Malaysia dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meneroka penggunaan Perkhidmatan Data Cuaca canggih Toshiba dalam inisiatif utama pertanian pintar Malaysia, Projek Ladang Padi IR4.0.
MoU ini merupakan satu langkah yang penting dalam usaha Toshiba untuk menyokong ketahanan iklim dan inovasi sector pertanian di Malaysia dengan memanfaatkan teknologi ramalannya untuk menangani cabaran yang semakin meningkat akibat cuaca ekstrem.
The signatories hold the signed MoU:
Zulkifli bin Romli, General Manager of MADA; Adrian Marcellus, CEO of MyDIGITAL Corporation;
and Naoki Yamaguchi, General Manager of ICT Solutions Division, Toshiba Digital Solutions Corporation (left to right)
Seperti kebanyakan negara lain, Jepun dan Malaysia mengalami peningkatan hujan ribut lebat setempat dan secara tiba-tiba yang sukar untuk diramalkan. Di Malaysia, iaitu kawasan yang mengalami hujan monsun berpanjangan yang sudahpun menjadi suatu cabaran, hujan lebat yang turun mencurah-curah ini boleh merosakkan padi secara fizikal dan memburukkan ketepuan tanah dan banjir, yang membawa kepada kerosakan yang meluas. Peningkatan cuaca yang melampau dan tidak menentu ini mengetengahkan keperluan yang mendesak terhadap teknologi peramalan yang pantas dan sangat tepat bagi mengurangkan impaknya.
Toshiba melancarkan Perkhidmatan Data Cuacanya di Jepun pada Mei 2023 yang memanfaatkan data radar masa nyata dan analisis proprietari syarikat ini bagi menyampaikan ramalan hujan setempat yang sangat tepat dan intensitinya. Sebagai sebahagian daripada pengembangan perniagaan globalnya, Toshiba menandatangani MoU bersama MyDIGITAL pada Februari 2024 bagi meneroka aplikasi teknologi ini di Malaysia. Menerusi kolaborasi yang berterusan ini, Toshiba memulakan perbincangan bersama MADA untuk menilai potensi penggunaan perkhidmatan ini dalam projek pertanian pintar utama MADA, iaitu Projek Ladang Padi IR4.0.
Ditubuhkan pada tahun 1972, MADA menerajui inisiatif pembangunan pertanian terbesar Malaysia yang memfokuskan untuk meningkatkan produktiviti padi, mata pencarian petani dan pertumbuhan ekonomi serantau di wilayah Muda di barat laut semenanjung Malaysia. Projek pertanian pintar semasa ini yang disokong oleh dana kerajaan, mengintegrasikan teknologi digital bagi mentransformasikan penanaman padi di wilayah ini.
Difasilitasikan oleh MyDIGITAL, Toshiba dan MADA akan menjalankan projek perintis bagi menilai bagaimana Perkhidmatan Data Cuaca Toshiba dapat menyokong pembuatan keputusan pertanian dalam penanaman padi. Dalam projek perintis ini, Toshiba akan menganalisis data radar cuaca pada masa nyata daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan meramalkan kemungkinan serta intensiti hujan lebat di kawasan setempat. Amaran berdasarkan analisis akan dihantar kepada MADA mengikut keperluan dan MADA akan menggunakan get air bagi mengurus aliran air di sawah padi. Proses ini dijangka dapat mengurangkan impak daripada curahan hujan dan melindungi tanaman padi daripada rosak.
Toshiba komited untuk menyumbang kepada pencegahan dan mitigasi bencana global dengan menguasai dan meramalkan keadaan atmosfera dengan tepat di seluruh kawasan yang luas serta setempat. Melalui aplikasi dalam pelbagai industri, Toshiba bermatlamat untuk membantu merealisasikan sebuah masyarakat yang lebih selamat dan lebih bingkas.
- Perkhidmatan Data Cuaca Toshiba:
https://www.global.toshiba/ww/products-solutions/business-ict/weather-data.html
Latar Belakang Toshiba Digital Solutions Corporation
Toshiba Digital Solutions Corporation membangunkan perniagaan di peringkat global yang menggunakan teknologi digital dan kuantum, seperti IoT dan kecerdasan buatan (AI), seperti mana syarikat Toshiba Group yang mengendalikan penyelesaian digital. Dengan memaksimumkan kuasa pelbagai data yang dijana dalam pelbagai bidang perniagaan Toshiba Group dan platform pembentuk, kami akan mencipta satu siri perkhidmatan yang berharga dan menyumbang kepada pencapaian keneutralan karbon serta ekonomi kitaran.
Toshiba Digital Solutions Corporation akan terus mencipta nilai baharu, seiring bersama pelanggan dan rakan kongsi kami, berdasarkan Komitmen Asas Toshiba Group: “Komited terhadap Orang Ramai, Komited demi Masa Depan.”