- Tempahan daripada GECI GROUP untuk Biro Pusat Cuaca Taiwan
- Antena kelas terbesar dunia berkeupayaan memantau kawasan luas sejuah 400km
- Transistor Gelombang Mikro mereliasasikan keupayaan pemantauan tahap tinggi Taufan Alley
TOKYO — Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan behawa ia akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan cuaca di Taiwan dengan memberikan Biro Pusat Cuaca Taiwan sebuah sistem radar cuaca kelas S-band yang dilengkapi antena kelas terbesar di dunia untuk dipasang di daerah Chigu, bandar Tainan. Sistem berkenaan yang bakal dihantar oleh Toshiba bersama High Bound Co., Ltd, sebuah syarikat kejuruteraan Taiwan, dibawah tempahan yang diterima daripada GECI GROUP (GECI), sebuah syarikat integrasi sistem dan berteknologi tinggi Sepanyol, akan mempunyai jarak lebih kurang 400km dan akan menyokong pengimejan resolusi tinggi terhadap hujan dan kelajuan angin, yakni penting untuk ramalan cuaca yang tepat. Toshiba, High Bound dan GECI akan menyempurnakan sistem itu pada tahun 2019.
Pasifik barat yang sekian lama dikenali sebagai Lorong Taufan, menjadi lubuk kepada beberapa siklon tropika paling dahsyat di dunia, termasuk yang paling kuat pernah dicatatkan, Taufan Tip. Taiwan kerap dilanda taufan, seperti Nepartak yang melanda pada Julai 2016, yang mengakibatkan kerosakan teruk dan meragut tiga nyawa. Sebagai pulau yang dipenuhi bukit bukau di mana hujan lebat akan pantas menyebabkan tanah runtuh dan banjir, Taiwan harus sentiasa bersedia menangani risiko bencana alam seumpamanya, dan penggunaan radar S-band Toshiba akan memberi sumbangan besar terhadap keadaan siap siaga negara pulau itu.
Sistem radar tersebut mengguna pakai dwi-polarisasi dan transistor gelombang mikro tercanggih Toshiba bagi memberikan kemampuan pemantauan kawasan yang lebih luas dan mencapai keupayaan pemerhatian tahap tinggi dan tepat. Sistem ini juga menyepadukan beberapa transistor gelombang mikro berlebihan untuk mengekalkan operasi sekiranya beberapa transistor tidak lagi berfungsi. Toshiba menerima tempahan susulan kajian teknikal GECI dan penilaian harga.
Masaki Haruyama, Naib Presiden Divisyen Sistem Elektronik dan Pertahanan dalam Syarikat Infrastructure Systems & Solutions Toshiba berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menerima tempahan pertama bagi sistem radar cuaca untuk Taiwan. Kami yakin sistem ini akan menyumbang kepada peningkatan keupayaan pemantauan cuaca dan memberikan ramalan yang tepat pada masanya dan boleh diharap.’’
Sebagai tambahan kepada radar cuaca S-band untuk pemantauan kawasan luas, Toshiba juga membangunkan dan menyampaikan doppler mudah alih bagi sistem radar cuaca X-band dwi polarisasi untuk pemantauan tempatan. Syarikat ini memberi tumpuan kepada memperluaskan jualan sistem tersebut di negara-negara di mana cuaca buruk adalah punca kebimbangan utama dan sistem pencegahan bencana adalah diperlukan, termasuk India dan rantau Asia Tenggara.