Sistem Kawalan Destinasi Toshiba FLOORNAVI Menang Anugerah Emas di iF DESIGN AWARD 2020

Kawasaki, Jepun – Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (TELC) dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi menerusi iF DESIGN AWARD pada tahun ini, anugerah emas iF. Daripada 7,298 penyertaan, hanya 75 penyertaan dianugerahkan emas oleh pakar bebas juri iF.

FLOORNAVI yang berjaya, memenangi anugerah emas dalam bidang Produk, menerusi kategori Sektor Awam / Kerajaan. Juri mengeluarkan kenyataan berikut berhubung keputusannya untuk menganugerahkan emas kepada FLOORNAVI:

“Toshiba telah mereka bentuk sistem kawalan lif (destinasi) yang cekap sejajar dengan reka bentuk sejagat bagi menampung keperluan individu yang berkeupayaan dan juga orang kurang upaya. AI membolehkan destinasi lantai digabungkan dengan berkesan, lantas mengurangkan masa menunggu. Antara muka yang ringkas dan mudah sedia disesuaikan dengan pelbagai konteks seni bina.”

FLOORNAVI membolehkan penumpang untuk menentukan tingkat destinasi sebelum menaiki lif dan menunjuki mereka ke koc yang betul bagi mengurangkan bilangan tingkat yang perlu mereka berhenti. Memandangkan penumpang tidak perlu menekan butang tingkat di dalam koc, mereka boleh masuk dan keluar dari koc dengan lancar meskipun ketika sesak.

Ikon-ikon berbentuk cincin yang ikonik dan panel operasi separas-dada membolehkan operasi yang selesa. Replika olokan berskala penuh digunakan untuk menentusahkan kebolehgunaan bagi menjadikan FLOORNAVI mudah digunakan untuk pelbagai individu, termasuk mereka yang berkerusi roda. FLOORNAVI membantu mengurangkan masa perjalanan lif dengan banyak semasa waktu puncak, lalu mengurangkan tekanan penumpang.”

TELC telah meluaskan operasi perniagannya di luar Jepun dengan tumpuan yang kukuh diberikan di Asia Tenggara, India dan Timur Tengah bagi mengembangkan portfolio globalnya. Ini merupakan tindak balas kepada pembinaan pesat bangunan-bangunan bertingkat tinggi seiring dengan pertumbuhan ekonomi global, mendorong permintaan untuk pembangunan produk berkualiti tinggi, pengeluaran dan penyelenggaraan lif serta eskalator demi peningkatan mobiliti sosial.

Baru-baru ini iaitu pada tahun 2018, TELC menubuhkan Toshiba Elevator (Vietnam) Limited Liability Company, di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Terdahulu, TELC telah menembusi pasaran dari tahun 2014 melalui satu perkongsian dengan sebuah syarikat tempatan dan hal ini mengesahkan lagi komitmen syarikat untuk mengukuhkan aktiviti jualan dan menawarkan perkhidmatan lapangan berkualiti tinggi dalam pasaran Vietnam yang pantas berkembang.

TELC akan terus mengukuhkan pembangunan sistem, pengeluaran, peningkatan saluran jualan dan perkongsian jualan bagi tujuan pengembangan dalam pasaran global. Memberi respons kepada harapan dan keperluan pelanggan untuk lif yang selamat dan menyenangkan, TELC akan meneruskan inovasi selanjutnya secara berterusan serta menambah baik dan meningkatkan teknologinya bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan berkualiti tertinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai FLOORNAVI, sila hubungi kami melalui laman sesawang kami.

Latar Belakang Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (TELC) ditubuhkan pada tahun 1967 dan memulakan operasi global pada awal tahun 1970-an. TELC telah membina rangka kerja yang mencakupi semua aspek lif Toshiba bermula daripada pembangunan produk dan sistem kepada pengeluaran, pemasangan, pelarasan, penyelenggaraan dan perkhidmatan bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tertinggi.

Menggunakan infrastruktur teknologi komprehensif yang dibangunkan oleh Toshiba Corporation selama lebih 140 tahun sejak penubuhannya, kami menyasarkan untuk meningkatkan lagi teknologi dan kualiti yang utama di dunia yang membolehkan kami untuk membangunkan lif berkelajuan ultra tinggi, lalu memanfaatkan rangkaian penuh inovasi teknologi Toshiba.

Latar Belakang iF DESIGN AWARD
Selama 67 tahun, iF DESIGN AWARD telah diiktiraf sebagai penimbangtara kualiti untuk reka bentuk yang luar biasa. Label iF terkenal di seluruh dunia atas perkhidmatan reka bentuk yang cemerlang dan iF DESIGN AWARD ialah salah satu hadiah reka bentuk yang paling penting di dunia. Penyertaan dianugerahkan menerusi bidang-bidang berikut: Produk, Pempakejan, Komunikasi dan Reka Bentuk Perkhidmatan, Seni Bina dan Seni Bina Dalaman, dan juga Konsep Profesional. Semua penyertaan yang mendapat anugerah ditampilkan menerusi iF WORLD DESIGN GUIDE, dalam aplikasi reka bentuk iF dan dipaparkan di pameran reka bentuk iF di Berlin.

Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award

Contact:
Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
Corporate Communications Office
E-mail : elevator@po.toshiba.co.jp
Phone : +81-44-331-7001

Press Release Available in these languages (PDF) »

More News in Toshiba

Enquiry for
Sistem Kawalan Destinasi Toshiba FLOORNAVI Menang Anugerah Emas di iF DESIGN AWARD 2020

Enquiry for

This field is for validation purposes and should be left unchanged.
This field is hidden when viewing the form

Enquiry for

Business Strategy

Committed to People, Committed to the Future.

The Asia Pacific region is an important market for Toshiba, with one of the fastest-growing demands in infrastructure, energy, mobility, and connectivity.
Message from Managing Director

Securing Sensitive Information with Quantum Key Distribution

At Toshiba, we’re committed to delivering world leading technology that protects the private information of citizens and organizations.

Discover how Toshiba cutting edge quantum technology can protect the sensitive information of financial institutions.

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

QKD finance section highlighting secure quantum-based financial solutions

Monetary Authority of Singapore (MAS) Advisory on Addressing the Cybersecurity Risks Associated ...

Solutions Map - A data-connected society by Toshiba

Solutions map illustrating Toshiba’s vision for a connected data-driven society

Navigate the interactive solution map to witness the full scope of Toshiba’s integrated solutions. By connecting data across systems, we deliver comprehensive, tailored outcomes for a smarter and more sustainable future.

Our Contributions - Sustainable Activities

Technology Spotlight

Toshiba Power Semiconductor

Toshiba leverages its 60 years expertise in power semiconductors to drive automotive electrification and sustainability, offering innovative solutions to enhance efficiency and reduce emissions across industries.

Quantum Key Distribution (QKD)

Building a quantum-secure future with Toshiba’s Quantum Key Distribution

Toshiba's Commitment to a Carbon-Neutral Future

With innovative technologies and a deep commitment to building a better world, Toshiba is working towards stable, efficient green energy infrastructures for a Carbon-Neutral Future.

Superconducting Motor

Toshiba Superconducting Motor has revolutionized the airline and transportation industries. It is lightweight, compact and high-Power, making it possible to replace fossil-fuel-driven engines and contributing to zero-emissions for various types of large mobility vehicles.

The Essence of Toshiba

Our philosophy section highlighting company values and guiding principles

Basic Commitment Of The Toshiba Group

Committed to People,
Committed to the Future.

At Toshiba, we commit to raising the quality of life
for people around the world. ensuring progress
that is in harmony with our planet

Our Purpose

We turn on the promise of a new day.

Our Values

Do the right thing. Look for a better way.
Always consider the impact. Create together.